Sepanjang kami menjalankan projek/ kajian mengenai khasiat madu ini, kami telah menggunakan pelbagai sumber rujukan daripada blog lain. Antaranya ialah :
1. http://pusrapi.blogspot.my/2013/09/jasa-lebah-kepada-manusia.html?m=1
2. http://papisma.org/index/?p=1597
3. http://manfaatmadu.org/
Friday, 10 March 2017
TEMPAT MENJALANKAN KAJIAN DAN VIDEO
Tempat yang telah kami pilih untuk menyiapkan projek ini ialah Penang Bee Gallery yang terletak di George Town.
Berikut adalah antara video yang telah kami ambil sepanjang menjalankan kajian.
Thursday, 9 March 2017
MAKLUMAT AHLI KUMPULAN
Ahli kumpulan kami terdiri daripada :
NAMA : NURSHAFIQAH NAJWA BINTI BADRUL HISHAM
NO. KAD MATRIK : 10DTK16F1037
NAMA : NURUL AINI BINTI MOHAMAD OMAR
NO. KAD MATRIK : 10DTK16F1008
NAMA : EVA IVANNA BINTI MAHAPUN
NO. KAD MATRIK : 10DTK16F1093
NAMA : ROS IZZATIE BINTI MOHD RADZI
NO. KAD MATRIK : 10DTK16F1025
KESIMPULAN
Assalamualaikum W.B.T
Berdasarkan apa yang kami peroleh daripada projek ini, dapat kami simpulkan bahawa madu mempunyai pelbagai khasiat seperti dapat menyembuhkan berbagai penyakit dan tidak mendatangkan apa-apa kesan buruk. Madu berasal dari sari bunga dan sari bunga itu yang menjadi ubat berbagai macam penyakit manusia. Sedangkan al-Quran mengandung inti sari dari kitab-kitab yang telah diturunkan kepada nabi-nabi terdahulu ditambah dengan ajaran-ajaran yang diperlukan oleh semua sepanjang masa untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Kelebihan madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah terbukti secara ilmiah. Di dalam Al-Quran juga telah membuktikan bahawasanya madu adalah baik untuk kesihatan untuk hambaNya.
Berdasarkan apa yang kami peroleh daripada projek ini, dapat kami simpulkan bahawa madu mempunyai pelbagai khasiat seperti dapat menyembuhkan berbagai penyakit dan tidak mendatangkan apa-apa kesan buruk. Madu berasal dari sari bunga dan sari bunga itu yang menjadi ubat berbagai macam penyakit manusia. Sedangkan al-Quran mengandung inti sari dari kitab-kitab yang telah diturunkan kepada nabi-nabi terdahulu ditambah dengan ajaran-ajaran yang diperlukan oleh semua sepanjang masa untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Kelebihan madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah terbukti secara ilmiah. Di dalam Al-Quran juga telah membuktikan bahawasanya madu adalah baik untuk kesihatan untuk hambaNya.
KANDUNGAN MADU DAN PENGGUNAANNYA
Pada masa kini, siapa yang tak kenal madu dan lebah? semua orang pasti tahu mengenai madu dan lebah kerana khasiatnya . Madu dikenali dengan kepelbagaian khasiatnya yang boleh mengubati pelbagai penyakit dan masalah.
Antara khasiat madu ialah madu boleh digunakan sebagai pelindung kulit dari sinar matahari. Madu dapat digunakan sebagai penghalang untuk melindungi kulit daripada sinar matahari. Madu boleh menembusi lapisan atas kulit dan dapat menghilangkan kotoran, serta membantu melawan jangkitan dan mencegah masalah jerawat. Madu adalah pelembap kulit yang baik dan berkesan untuk mengembalikan keremajaan kulit.
Jika mempunyai bibir yang kering dan pecah, calitkan madu pada bibir dan InsyaAllah bibir akan menjadi halus dan lembut. Madu terdiri daripada gula seperti glukosa dan fruktosa dan mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klor, belerang besi dan frostat. madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6, B5, B3 yodium dan seng.
Madu dapat meningkatkan daya ketahanan dan mengurangkan lelah otot. Madu juga membantu wanita yang mengalami "morning sickness" ketika hamil. Pengambilan madu secara teratur akan meningkatkan penyerapan kalsium dan jumlah hemoglobin yang membantu untuk melawan anemia.
Jika mempunyai bibir yang kering dan pecah, calitkan madu pada bibir dan InsyaAllah bibir akan menjadi halus dan lembut. Madu terdiri daripada gula seperti glukosa dan fruktosa dan mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klor, belerang besi dan frostat. madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6, B5, B3 yodium dan seng.
Madu dapat meningkatkan daya ketahanan dan mengurangkan lelah otot. Madu juga membantu wanita yang mengalami "morning sickness" ketika hamil. Pengambilan madu secara teratur akan meningkatkan penyerapan kalsium dan jumlah hemoglobin yang membantu untuk melawan anemia.
KHASIAT MADU LEBAH DALAM ISLAM DAN DALAM SAINS
Sememangnya Allah sudah memerintahkan lebah untuk hidup di kawasan habitatnya yang tersendiri sebagaimana yang disebutkan dalam Surah an Nahl (Lebah) yang bererti :
"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah :"Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-gunung dan pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhan mu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan ALLah) bagi orang-orang yang mahu berfikir" (Surah an Nahl : Ayat 68-69)
Dari Ibnu Abbas r.a Nabi s.a.w.:”Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan tiga perkara i)Berbekam, 2)Minum Madu, 3) Bakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu”. (Hadis riwayat Bukhari).
Abdullah bin Umar telah menggunakan madu untuk mengubati luka (dengan cara disapukan di atas tempat luka) dan ternyata luka tersebut dapat sembuh dalam waktu yang singkat.
Dalam hadis yang lain disebutkan: “Hendaklah kamu menggunakan dua ubat iaitu madu dan Al-Quran. Madu untuk mengubat penyakit jasmani dan Al-Quran untuk menyembuh penyakit rohani”
madu lebah juga merupakan sebahagian daripada mukjizat Nabi Allah Isa a.s dalam menyembuhkan penyakit sopak dan buta penglihatan.
Kehebatan madu sebagaimana disampaikan Al-Quran telah terbukti secara saintifik dan dibahaskan secara ilmiah di seluruh dunia. Pakar perubatan Islam banyak menulis mengenai madu.
Antaranya al-Hafiz Ibnu Abi Dunya dalam kitabnya al-Asyrof fi Manazil al- Asyrof menyatakan,”Sesungguhnya madu apabila penggemar meminumnya, ia akan mengawal ma’idah (perut), kemudian ia akan membuang penyakit, menambah kekuatan urat saraf dan kelancaran saluran urat dan darah.
Al-Muwaffaq al-Baghdadi menulis:”Madu berfungsi menyingkir lebihan/bahan yang tidak berguna daripada usus, kuatkan perut, membersih hati, melancarkan air kencing, membersih dada (termasuk paru-paru), berguna bagi orang yang banyak lendir (madu membuang lendir), terhadap tubuh yang ada bahan sejuk dan penyakit batuk yang terjadi dari lendir.
Manakala Dr Rihab ‘Ukaiwy menyifatkan madu sebagai pemakanan perlu melahirkan daya kekuatan tubuh dan mental. Pandangan ini turut dikongsi oleh Dr. Muhammad Kamal Abdul Aziz. Madu dijamin oleh Allah sebagaimana dalam firmannya ayat 69 Suroh An-Nahl (lebah)
Sayyid Quthb mengungkapkan, madu sebagai ubat penyembuh penyakit sudah dibuktikan secara ilmiah oleh para pakar perubatan. Inilah salah satu bukti kebenaran ayat Al-Quran yang wajib diyakini umat manusia.
Ibnu Sina (890-1037), salah seorang tokoh kedoktoran dunia dan ilmuwan Islam di abad ke-10 Masehi, mengulas mengenai khasiat madu dari segi kesihatan di dalam dunia kedoktoran. Ia mampu dapat menyembuhkan berbagai penyakit dari yang ringan sampai yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga dapat menurunkan suhu badan serta menyediakan dan mengatur rembesan, sehingga dapat menghilangkan penyakit demam. Madu lebah juga dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan dan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan”.
Disini kita dapat simpulkan bahawa madu merupakan makanan sunnah dan mengandungi banyak khasiat dan dijadikan ubatan sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran.
Wednesday, 8 March 2017
PENDAHULUAN
Assalamualaikum W.B.T.
Segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah S.W.T pasti tidak sia-sia seperti keistimewaan lebah yang boleh menghasilkan madu yang berasal dari sari bunga. Kemukjizatan sebagaimana disampaikan dalam Al-Quran telah terbukti secara ilmiah yang madu mampu menyembuhkan pelbagai penyakit. Hal demikian, terdapat pelbagai warna madu yang diperolehi iaitu putih, kuning, dan merah. Kajian secara ilmiah juga telah diteliti oleh ilmuan muslim terkemuka pada era keemasan Islam iaitu Ibnu Sina merupakan Bapa Kedoktoran dunia dan ilmuan muslim abad ke -10 Masihi yang mengulas mengenai khasiat madu dari segi kesihatan dan dunia kedoktoran.
Monday, 6 March 2017
PENGENALAN
Assalamualaikum w.b.t
Kami merupakan pelajar Politeknik Seberang Perai telah melakukan satu kajian mengenai madu lebah untuk subjek Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam.
Lebah menghisap madu dari berbagai jenis bunga dan buah, lalu membentuk madu dalam tubuhnya yang mana madu ini disimpan di dalam sel-sel lilin mereka, hanya beberapa abad yang lalu manusia mula mengetahui madu datangnya dari perut lebah. Madu yang dihasilkan oleh lebah mempunyai pelbagai khasiat untuk manusia.
Subscribe to:
Posts (Atom)