Thursday 9 March 2017

KANDUNGAN MADU DAN PENGGUNAANNYA

       Pada masa kini, siapa yang tak kenal madu dan lebah? semua orang pasti tahu mengenai madu dan lebah kerana khasiatnya . Madu dikenali dengan kepelbagaian khasiatnya yang boleh mengubati pelbagai penyakit dan masalah.

Antara khasiat madu ialah madu boleh digunakan sebagai pelindung kulit dari sinar matahari. Madu dapat digunakan sebagai penghalang untuk melindungi kulit daripada sinar matahari. Madu boleh menembusi lapisan atas kulit dan dapat menghilangkan kotoran, serta membantu melawan jangkitan dan mencegah masalah jerawat. Madu adalah pelembap kulit yang baik dan berkesan untuk mengembalikan keremajaan kulit.

Jika mempunyai bibir yang kering dan pecah, calitkan madu pada bibir dan InsyaAllah bibir akan menjadi halus dan lembut. Madu terdiri daripada gula seperti glukosa dan fruktosa dan mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klor, belerang besi dan frostat. madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6, B5, B3 yodium dan seng.

Madu dapat meningkatkan daya ketahanan dan mengurangkan lelah otot. Madu juga membantu wanita yang mengalami "morning sickness" ketika hamil. Pengambilan madu secara teratur akan meningkatkan penyerapan kalsium dan jumlah hemoglobin yang membantu untuk melawan anemia.

No comments:

Post a Comment