Thursday 9 March 2017

KHASIAT MADU LEBAH DALAM ISLAM DAN DALAM SAINS



Sememangnya Allah sudah memerintahkan lebah untuk hidup di kawasan habitatnya yang tersendiri sebagaimana yang disebutkan dalam Surah an Nahl (Lebah) yang bererti :






"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah :"Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-gunung dan pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhan mu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan ALLah) bagi orang-orang yang mahu berfikir" (Surah an Nahl : Ayat 68-69)

Dari Ibnu Abbas r.a Nabi s.a.w.:”Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan tiga perkara i)Berbekam, 2)Minum Madu, 3) Bakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu”. (Hadis riwayat Bukhari).
Abdullah bin Umar telah menggunakan madu untuk mengubati luka (dengan cara disapukan di atas tempat luka) dan ternyata luka tersebut dapat sembuh dalam waktu yang singkat.
Dalam hadis yang lain disebutkan: “Hendaklah kamu menggunakan dua ubat iaitu madu dan Al-Quran. Madu untuk mengubat penyakit jasmani dan Al-Quran untuk menyembuh penyakit rohani”
madu lebah juga merupakan sebahagian daripada mukjizat Nabi Allah Isa a.s dalam menyembuhkan penyakit sopak dan buta penglihatan.
Kehebatan madu sebagaimana disampaikan Al-Quran telah terbukti secara saintifik dan dibahaskan secara ilmiah di seluruh dunia. Pakar perubatan Islam banyak menulis mengenai madu.
Antaranya al-Hafiz Ibnu Abi Dunya dalam kitabnya al-Asyrof fi Manazil al- Asyrof menyatakan,”Sesungguhnya madu apabila penggemar meminumnya, ia akan mengawal ma’idah (perut), kemudian ia akan membuang penyakit, menambah kekuatan urat saraf dan kelancaran saluran urat dan darah.
Al-Muwaffaq al-Baghdadi menulis:”Madu berfungsi menyingkir lebihan/bahan yang tidak berguna daripada usus, kuatkan perut, membersih hati, melancarkan air kencing, membersih dada (termasuk paru-paru), berguna bagi orang yang banyak lendir (madu membuang lendir), terhadap tubuh yang ada bahan sejuk dan penyakit batuk yang terjadi dari lendir.
Manakala Dr Rihab ‘Ukaiwy menyifatkan madu sebagai pemakanan perlu melahirkan daya kekuatan tubuh dan mental. Pandangan ini turut dikongsi oleh Dr. Muhammad Kamal Abdul Aziz. Madu dijamin oleh Allah sebagaimana dalam firmannya ayat 69 Suroh An-Nahl (lebah)
Sayyid Quthb mengungkapkan, madu sebagai ubat penyembuh penyakit sudah dibuktikan secara ilmiah oleh para pakar perubatan. Inilah salah satu bukti kebenaran ayat Al-Quran yang wajib diyakini umat manusia.
Ibnu Sina (890-1037), salah seorang tokoh kedoktoran dunia dan ilmuwan Islam di abad ke-10 Masehi, mengulas mengenai khasiat madu dari segi kesihatan di dalam dunia kedoktoran. Ia mampu dapat menyembuhkan berbagai penyakit dari yang ringan sampai yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga dapat menurunkan suhu badan serta menyediakan dan mengatur rembesan, sehingga dapat menghilangkan penyakit demam. Madu lebah juga dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan dan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan”.
Disini kita dapat simpulkan bahawa madu merupakan makanan sunnah dan mengandungi banyak khasiat dan dijadikan ubatan sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran.

No comments:

Post a Comment