Monday 6 March 2017

PENGENALAN

   

Assalamualaikum w.b.t

       Kami merupakan pelajar Politeknik Seberang Perai telah melakukan satu kajian mengenai madu lebah untuk subjek Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam.

       Lebah merupakan antara binatang yang di sebut dalam Al-Quran selain semut, unta dan labah-labah. Lebah mempunyai sifat-sifat yang baik yang manusia seharusnya mengambil contoh untuk kehidupan seharian. Antaranya ialah sikap berdisiplin, menjalankan tugas yang telah ditetapkan, dan hidup bekerjasama.

    Lebah menghisap madu dari berbagai jenis bunga dan buah, lalu membentuk madu dalam tubuhnya yang mana madu ini disimpan di dalam sel-sel lilin mereka, hanya beberapa abad yang lalu manusia mula mengetahui madu datangnya dari perut lebah. Madu yang dihasilkan oleh lebah mempunyai pelbagai khasiat untuk manusia.

No comments:

Post a Comment